Tahniah buat Saudara Syafiq Bin Mohamad Fadeli Alumni SPM 2004 yang mendapat Anugerah Perdana Belia Negara 2020 Peringkat Negeri Kelantan bagi individu Lelaki.

Saudara Syafiq akan menerima Piala Iringan dan wang berjumlah RM3,000 serta sijil anugerah.

Tahniah!

Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Kelantan 2020

Perkongsian Saudara Nik Kamal di FB beliau berkenaan Saudara Syafiq Fadeli:

Nik Kamal is with Syafiq Fadeli.

Syafiq Fadeli YANG KU KENALI Dulu sewaktu di SMKA Falahiah, kami pernah bersama dalam satu organisasi. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) namanya.

Saya sebagai presiden. Beliau pula sebagai timbalan ketua jabatan usrah. Ketika itu, beliau antara yang banyak membantu menggerakkan organisasi dengan ideanya yang kreatif dan semangatnya yang sentiasa menyala. Kadang-kadang, lajunya dia lebih dari orang atas.

Sampai satu ketika, saya fikir baik dialah yang jadi ketua. Haha.Walau ketika itu dia berada di posisi agak bawah dalam BADAR, dia tetap dapat menjalankan tugas dengan baik. Boleh patuh dan akur dengan keputusan dan arahan. Di saat dia mengetuai pelbagai organisasi lain di sekolah seperti pengawas, pertubuhan silat dan banyak lagi, tetapi ketika dalam BADAR, dia dapat menyesuaikan dirinya sebagai orang bawahan.

Dengan kata lain, mampu menurunkan ego dan cepat faham dan belajar dengan suasana sekitarnya.Dan itulah antara sifat yang saya perhatikan, ada dimiliki oleh beliau. Selepas alam persekolahan, kami berpisah dan meneruskan pengajian di tempat masing-masing. Namun hubungan sesama sahabat dalam BADAR dan Alumni SMKA Falahiah (Al-Falah) sentiasa terjalin.

Kami keep in touch dan berjumpa banyak kali juga di musim cuti seperti perayaan dan seumpamanya. Saya juga sentiasa mengikuti rapat perkembangan sahabat ini dan memerhatikan sentiasa sahaja ada kemajuan di dalam apa sahaja yang diceburinya di kampus.Apabila melangkah ke alam kerjaya, hubungan persahabatan tetap diteruskan dan dia juga mula menceburi bidang training dan dalam masa yang sama sebagai seorang guru.

Ketika itu dia di UFTC dan saya pula di ITC. Perjuangan dan bisnes dalam bidang ini sehingga mencetuskan idea kami dan rakan-rakan trainer lain kepada penubuhan Gabungan Motivator Kelantan. Dan dia telah diangkat menjadi pengerusi gabungan ini dan itu memang telah saya jangka dengan melihat potensi besar yang ada pada dirinya.Saya masih ingat cerita beliau dalam satu seminar yang dikendalikan olehnya, ketika awal-awal pembabitan dalam bidang training ini, dia dengan berani dan semangat `kalau nak buat, buat sampai jadi`, dia menganjurkan satu program terbuka.

Tetapi ketika itu, penyertaan tidak sampai 5 orang pun. Sedangkan penceramah jemputan yang dia usahakan bukan orang biasa-biasa. Malunya kata beliau ketika itu. Kata orang sekarang `tak boleh bawa bincang` rasa malunya huhu.Tetapi saya menyaksikan dia tidak berhenti di situ. Boleh jadi sifat putus asa tiada dalam kamus hidupnya. Seminar seterusnya menunjukkan peningkatan baik dari segi penyertaan mahupun kualiti modul.

Dan hari ini, beliau saya lihat menjadi antara trainer dan penceramah komunikasi terbaik yang ada di Kelantan dan sentiasa mendapat jemputan melalui platform terbarunya Protalk Malaysia. Lebih membanggakan, semalam telah diketahui umum yang dia telah dianugerahkan sebagai Tokoh Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.

Di sebalik kejayaan ini, saya tahu banyak jerit-perih yang dilalui oleh beliau. Tidak kurang juga haters yang ada sahaja mahu condemn program dan gerak kerja yang dia telah lakukan sebelum ini. Saya fikir, kejayaan yang diperolehi ini mungkin akan membuatkan haters dia terdiam seketika.

Huhu.Apapun, tahniah Syah! Sewaktu enta post di fb join pertandingan anugerah belia ini, ana dah agak dah di Kelate ini takkan enta tokleh menang. Pengerusi GMK kot. Haha.Didoakan anugerah ini membuatkan diri enta menjadi lebih terbaik selepas ini.

Dan menjadi inspirasi buat kami semua untuk terus maju. In syaa Allah.Salam rasa bangga dari ana, Nik Kamal. Sahabat sejak sekolah.p/s: `Syah` itu ialah nama panggilan beliau ketika di sekolah dulu. Tak silap sebab dia sangat teruja dan mengagungkan `Abe Syah` iaitu Abe Fakrul Rizal masa start minggu taaruf form 1 dulu. Haha.