Buku Debaran Semusim Di Cotabato ini adalah coretan pengalaman saudara Muhaymin Wahab yang juga alumni SMKA Falahiah STPM 1999, dan pernah menjadi Ketua Asrama ASPURAFA 1999.

Buku ini menceritakan pengalaman Tuan Muhaymin di Cotabato, Mindanao di Mindanao, Philiphine bersama-sama anggota Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao – 13 (TPA M – 13) seramai 16 orang yang diketuai oleh Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir bin Hj Mohd Mami selama setahun dari Mac 2018 – Mac 2019.

“Ini cerita Muhaymin. Cerita tentang debar-debar di dadanya, tentang suka duka di rantau yang bergolak, tentang pihak-pihak bertelagah yang ditemui dan diajak berbincang, tentang masyarakatnya yang daif kerana terperangkap dalam kemelut yang tak pernah selesai, tentang kawan-kawan, tentang keluarga, dan tentang Muhaymin yang ‘menjumpai’ semula dirinya sendiri.”

Debaran Semusim di Cotabato Alumni SMKA Falahiah

Perkongsian Pembaca di FB

~Debaran Semusim Di Cotabato~ Pengalaman penulis Muhaymin Wahab selaku salah seorang ahli Pasukan Pemantau Antarabangsa Mindanao -13(IMT M-13) yang ditugaskan di wilayah bergolak Cotabato City, Mindanao , Filipina.

Misi di Mindanao ini telah membuka mata hati penulis tentang kesengsaraan penduduknya yang dihimpit kemiskinan akibat peperangan berterusan walaupun wilayah itu dikurniakan kecantikan alam semulajadi yang masih belum terusik.

Merintis jalan damai tidak semudah yang dirancang di atas kertas kerana rupanya telah memakan tahun walaupun pelbagai cara dibuat untuk menyelesaikan konflik ini yang telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.

Tercampak di wilayah yang bergolak dengan konflik sebenarnya memberi satu peringatan penting tentang bersyukurnya kita hidup di bumi bertuah & makmur.

Ros Miena

Jika anda ingin dapat buku ini, boleh terus hubungi Tuan Muhaymin Wahab di FB beliau

Debaran Semusim Di Cotabato Muhaymin Wahab Alumni SMKA Falahiah

Muhaymin Wahab

Tuan Muhaymin Wahab sekarang bertugas di Pejabat YB Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)