Ustaz Firdaus Nasir bersama jemputan Dr. Mohd Norhusairi Mat Hussin, PhD yang merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Ibrah surah Al-Kahfi malam ini berkisar mengenai Fitnah Mal (Harta). Dr. Mohd Norhusairi akan merungkai kisah pemilik 2 kebun yang dirakam dalam surah Al-Kahfi.

Semoga perkongsian malam ini dan berkat mukjizat Al-Quran, Allah SWT akan menerangi kehidupan kita sehingga jumaat seterusnya sebagaimana hadis Rasulullah SAW:“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”Hadis Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi

Tuan Dr Mohd Norhusairi Mat Hussin adalah alumni SMKA Falahiah STPM 2002.

Program: Inspirasi Muslim