Semalam, sejam lebih borak dengan kawan di telefon.

Dia kongsikan ‘kuasa’ doa ibunya..

Sebelum dia keluar buat jualan, dia telefon ibunya dan minta didoakan supaya dapat buat jualan sebanyak RM1,300.

Skrip biasa seorang ibu;.

“Ibu sentiasa doakan abang…”.

Tapi dia tak puas hati,dia minta ibu dia sebut satu per satu ,

“Ibu doakan abang dapat buat jualan RM1,300.”.

Ibu dia pun sebut dalam keadaan terpaksa,hihi..

Dan dia pun keluar cari pelanggan. Lepas bersembang panjang, dia dapat buat jualan RM1,000.

Dia gembira tapi ada sedikit kecewa sebab dia target RM1,300 tapi dapat hanya RM1,000..

Bila sampai di rumah,baring di atas katil,tiba-tiba dia dapat panggilan dari pelanggan tadi untuk tambah RM300,menjadikan jumlah jualannya RM1,300!.

Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Ajaib.

Jadi,dia kongsikan dengan saya dan saya ingin kongsikan dengan anda semua..

Kisah kawan saya ini hanya sebuah kisah dari beberapa puluh kisah yang pernah saya dengar dan lihat. Memang sudah terbukti betapa ajaibnya doa seorang ibu dan tak rugi untuk memuliakan mereka..

Saya pernah jumpa dengan seorang businessman yang kaya raya. Bila bersembang dengannya, dia tidak tahu apa-apa pun tentang bisnes,dia hanya buat.

Tapi yang ajaibnya,semua bisnesnya berjaya..

Bila tanya projection business? Dia tanya balik saya.

Bila tanya buat fb ads tak? Dia tanya balik saya..

Bila saya minta rahsia kejayaannya, dia minta supaya saya ‘rajakan’ ibu jika saya masih ada ibu. .

Oleh sebab itu,jika kita masih punya ibu di kampung tetapi tidak muliakannya,ketahuilah kita adalah golongan yang SANGAT RUGI.

Kita fikir dengan cara berkerja keras kita boleh kaya raya di dunia hingga mengabaikan ibu kita, ketahuilah kita adalah golongan yang SANGAT RUGI..

Kenapa?

Sebab kita sudah ada shortcut atau cheat code iaitu ibu kita sendiri.

Muliakan mereka,Insya Allah rezeki tidak akan putus masuk ke dalam poket kita..

Selamat pagi.

Penulis adalah:
Asraff Jeffery
Alumni SMKA Falahiah PMR 2004

Saudara Asraff Jeffery adalah seorang Youtuber di channel youtube Monaliza