Tuan, hati saya rasa berdebar untuk hadir kes hari ini, maklumlah pertama kali hadir mahkamah. Jelas anak guam saya.

Saya nampak suami saya hadir tu. Jelasnya lagi.

Ooo.. Alhamdulillah sebab urusan OTP yang pihak saya uruskan telah dijalankan sebaiknya oleh pihak penjara. Saya memberi semangat kepada anak guam saya.

Apa yang perlu saya buat tuan?

Anak guam saya bertanya lagi seakan ingin tahu.

Macam ni puan, disebabkan suami puan tidak melantik peguam saya akan minta ruang sekejap dengan Mahkamah untuk bertanyakan tentang pendirian suami puan terhadap kes taklik yang difailkan ini terlebih dahulu ye. Jelas saya.

Saya rasa insya Allah jika ada ‘rezeki’ puan maka suami puan akan bersetuju untuk melafazkan cerai pada pagi ini.

***** Proses rundingan berjalan *****

Alhamdulillah.. Saya telah menjelaskan kepada mahkamah bahawa Defendan (suami) bersetuju untuk melafazkan cerai dengan syarat-syaratnya yang tersendiri.

Kedua-dua pihak akui dan bersetuju akan syarat-syarat tersebut.Kes lafaz cerai talak satu selesai dengan kebenaran mahkamah.

#peguamsyarieberbicara
#tunaikantanggungjawab
#IIMS

Penulis: Khairul Hafiz
Alumni SPM 2000 & STPM 2002
SMKA Falahiah